19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

“Arghhh, macam mana jerawat boleh timbul pula ni.”

Biasa alami situasi tadi setiap kali anda melihat cermin pada waktu pagi?

Memang menjadi igauan buat wanita sampai tak konfiden nak keluar berjumpa orang. 

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Jangan risau. Terdapat banyak kaedah rawatan dan cara untuk menghilangkan jerawat.

Berikut adalah 19 cara menghilangkan jerawat yang telah dibuktikan boleh mengecutkan jerawat dengan pantas, selamat dan mudah dilakukan.

1. ALOE VERA

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Cara hilangkan jerawat dengan cepat ialah menggunakan Aloe Vera atau daun lidah buaya. 

Jika anda ada menanamnya di rumah, ia adalah satu bonus lebih-lebih lagi untuk anda yang berhadapan dengan masalah jerawat!

Gel yang terkandung pada daun Aloe Vera dikatakan dapat membantu mengecutkan jerawat dengan pantas. 

Tapi jika tiada bahan semula jadi, tak mengapa kerana di farmasi terdapat pelbagai jenama gel Aloe Vera yang dijual.

Cara menggunakannya cukup mudah:

Ambil lendir pada aloe vera atau gel yang anda beli, sapukan pada seluruh wajah atau kawasan yang berparut dan biarkan semalaman. 

Basuh wajah seperti biasa apabila bangun tidur.

2. ASAM JAWA & BEDAK SEJUK

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Asam jawa bukan sekadar menjadi perasa kepada makanan, tetapi bahan alami ini juga bermanfaat untuk mendapatkan wajah yang licin bebas dari parut jerawat.

Caranya hanyalah campurkan sedikit asam jawa bersama air kosong dan jadikan dalam bentuk pes. Pastikan ia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

Kemudian, campur lima ketul beduk sejuk pada paste itu tadi. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air dan bolehlah disapukan pada wajah seperti memakai masker. 

Biarkan selama 30 minit, seterusnya bilas. Lakukan setiap malam sehingga parut jerawat hilang sepenuhnya.

3. MINYAK ZAITON, LEMON & BEDAK SEJUK

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Satu lagi petua hilangkan jerawat ialah dengan menggunakan minyak zaiton, lemon dan juga bedak sejuk.

Caranya, ambil lima biji bedak sejuk, perahkan sedikit lemon dan dicampurkan bersama satu sudu kecil minyak zaiton. Gaulkan ketiga-tiga bahan tersebut sehingga sebati.

Jadikan sebagi masker dan biarkan selama 30 minit kemudian bilas hingga bersih. 

Bagaimanapun, petua ini tidak digalakkan diamalkan setiap malam kerana dikhuatiri boleh menghakis wajah berikutan lemon bersifat asid.

4. TANAH LIAT

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Mesti anda tertanya-tanya mana pulalah nak dapatkan tanah liat. Kalau duduk di kampung mungkinlah tak mustahil, tapi hidup di kota raya manalah ada semua tu!

Kandungan mineral aktif pada tanah liat dikatakan berkesan menghilangkan parut jerawat baru dan lama.

Dengan penggunaan yang konsisten dipercayai dapat mengatasi masalah parut jerawat.

Jangan khuatir, di pasaran sebenarnya terdapat banyak produk yang berasaskan tanah liat. Pilih jenama yang anda rasakan serasi dengan diri.

5. TIMUN

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Satu lagi bahan alami yang murah serta mudah didapati tetapi menjadi agen yang cukup berkesan untuk membantu anda yang bermasalah dengan jerawat.

Cara hilangkan jerawat dengan timun cukup mudah, caranya kisar timun dan tapiskan hampasnya. Hampas timun kemudian dijadikan sebagai masker dan dibiarkan selama 30 minit.

Manakala ambil lebihan air daripada timun berkenaan, masukkan ke dalam botol penyembur untuk dijadikan sebagai penyegar. 

Sembur pada wajah selepas mencuci. Ia bukan saja membantu menghilangkan jerawat tetapi turut mencerahkan kulit anda!

6. TOMATO

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Jangan tidak tahu, selain timun, tomato juga sangat bermanfaat untuk kecantikkan kulit termasuk membantuk menghilangkan parut jerawat.

Caranya sangat mudah, hancurkan tomato sehingga menjadi pes. Jadikan sebagai masker, biarkan seketika, bilas dan kemudian lap wajah sehingga kering.

7. SCRUB

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Scrub wajah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu kerana dipercayai mampu memudarkan parut jerawat. Bagaimana scrub membantu menghilangkan parut jerawat?

Setiap kali anda scrub wajah, sel kulit lama akan tertanggal dan digantikan dengan sel kulit yang baru.

Terdapat pelbagai jenama scrub yang boleh anda dapati dipasaran tetapi anda juga boleh menghasilkan scrub sendiri hanya menggunakan kopi.

Caranya ambil satu sudu kecil serbuk kopi dan campurkan dengan sesudu kecil gula pasir. Kemudian masukkan sedikit air. Anda juga boleh menggunakan madu untuk menggantikan air.

Sapu pada wajah, biarkan seketika dan kemudian scrub perlahan-lahan. Amalkan petua ini tiga kali seminggu. Anda pasti terkejut melihat kesannya jika diamalkan secara konsisten.

8. CUKA EPAL

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Cuka epal boleh membantu menghilangkan parut jerawat. 

Apa yang perlu anda lakukan ialah basahkan kapas dengan cuka epal dan sapukan pada parut jerawat. 

Biarkan lima minit dan kemudian cuci bersih.

Oleh kerana sifat cuka epal yang berasid, anda tidak digalakkan melakukan amalan ini dengan kerap. Seminggu sekali sudah memadai.

9. MADU ASLI & YOGURT

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Madu memang dikenali mempunyai 1001 khasiat termasuklah dalam soal penjagaan wajah. Madu dikatakan baik untuk menghilangkan parut jerawat. 

Caranya ambil sesudu kecil madu dan campurkan dengan sesudu kecil yogurt asli. 

Masukkan seketika ke dalam peti sejuk, setelah itu jadikan sebagai masker. Biarkan semalaman pada wajah dan cuci macam biasa keesokan paginya. 

10. KULIT KAYU MANIS & MADU

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Ambil sedikit serbuk kulit kayu manis, campurkan bersama sedikit madu. 

Jadikan seperti pes dan sapukan ke wajah yang berparut. Biarkan semalaman dan cuci seperti biasa.

11. AIR BASUHAN BERAS

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Cara hilangkan jerawat yang seterusnya ialah jangan buang air yang digunakan untuk membasuh beras.

Sebaliknya ambil air basuhan beras dan masukkan dalam bekas kosong. 

Kemudian basuh seluruh muka sehingga rata. Biarkan setengah jam kemudian barulah basuh muka anda.

12. TIDAK MENYENTUH WAJAH DENGAN TANGAN

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Tangan kita mempunyai banyak bakteria yang tercemar. Oleh itu, anda tidak digalakkan menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor kerana dikhuatiri menjadi punca jerawat.

Elakkan juga dari menggaru kulit wajah serta memicit jerawat.

Memicit jerawat akan mendedahkan lebih banyak bakteria pada kulit serta menjadikan jerawat bertambah teruk. 

13. MAKAN SECARA SIHAT

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Amalan pemakanan yang tidak seimbang juga dipercayai boleh menyumbang kepada masalah jerawat. 

Makanan proses dan mengandungi minyak menyebabkan kenapa kulit kita sering bermasalah.

Oleh itu perbanyakkan pengambilan makanan yang seimbang daripada buah-buahan serta sayur-sayuran. 

Mengambil jumlah nutrien yang betul dapat membantu memperbaiki kulit yang bermasalah. 

Elakkan makanan yang diproses atau mengandungi banyak gula untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bebas jerawat.

14. REHAT SECUKUPNYA

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Tidur dan berehat dipercayai dapat memperbaiki kerosakan yang berlaku pada tubuh dan wajah. 

Pastikan tidur sekurang-kurangnya lapan jam sehari kerana disamping dapat melegakan badan, ia juga dipercayai dapat membuang toksin berbahaya pada tubuh.

Tidur yang cukup juga berkeupayaan memperbaharui sel kulit. Oleh itu anda dinasihatkan supaya tidur awal setiap hari supaya dapat merehatkan diri secukupnya.

15. BERSENAM

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Bersenam bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga dipercayai dapat mengurangkan masalah jerawat yang dihadapi.

Ini kerana sewaktu bersenam, badan kita akan melepaskan hormon endorfin. Hormon ini dipercayai dapat menurunkan tekanan serta mengurangkan pengeluaran minyak pada kulit wajah. 

Senaman juga dapat mengeluarkan peluh yang menyingkirkan toksin dalam tubuh serta membersihkan sel kulit mati.

Bersenam 30 minit setiap hari dapat membantu mengurangkan jerawat dan menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga.

16. MINUM AIR KOSONG

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Badan kita terdiri daripada 70% air. Amalan meminum air kosong yang mencukupi setiap hari akan membantu badan kita beroperasi dengan baik.

Air membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh dan menjadikan kita lebih muda & bertenaga. 

Jumlah air yang diambil berbeza bagi setiap individu bergantung kepada berat badan. 

17. MENGGUNAKAN ‘SKINCARE’ YANG SESUAI

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Pilih skincare yang sesuai dengan kulit supaya parut jerawat yang dialami dapat diatasi dengan betul. 

Sebelum membeli sebarang produk, pastikan terlebih dulu jenis kulit wajah anda supaya tidak mendatangkan masalah lebih teruk.

Penggunaan skincare yang kurang sesuai dengan kulit akan menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menjadi punca liang roma tersumbat. 

Itulah menjadi punca kepada timbulnya jerawat.

Oleh itu, amat penting untuk anda memilih skincare yang bersesuaian supaya masalah anda tidak bertambah teruk.

18. GUNA PELINDUNG MATAHARI

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Wajah yang kerap terdedah kepada sinaran ultraviolet tanpa dilindungi menyebabkan kita kelihatan tua dari usia. 

Ia juga amat merbahaya dan boleh menjadi punca kepada kanser kulit.

Sinaran matahari juga boleh menyebabkan penuaan pramatang seperti timbulnya bintik matahari, garis halus serta kedutan.

Pastikan anda menjadikan pemakaian krim pelindung matahari sebagai rutin penjagaan wajah harian.

19. KERAP MANDI

cara hilangkan jerawat yang berkesan

Walaupun nampak janggal, tapi ini adalah salah satu cara hilangkan jerawat yang berkesan.

Pastikan anda mandi setiap hari kerana kekerapan mandi dapat merendahkan pengeluaran minyak dari kulit serta membunuh bakteria. 

Ia juga membantu membersihkan sel kulit mati. Sel kulit mati dikatakan menjadi punca kepada masalah jerawat.

Jadi jika anda ingin memiliki kulit wajah yang bersih bebas dari jerawat, pastikan anda bukan saja menjaga luaran semata-mata sahaja.

Anda juga perlu menjaga dalaman tubuh kerana kecantikan luaran bermula dari dalaman kita.

Makanlah makanan yang seimbang, dapatkan tidur secukupnya, minum air mengikut keperluan, jaga kebersihan dan amalkan petua dan cara hilangkan jerawat yang dikongsikan.


JenamaLokal ialah gedung beli belah online pertama di Malaysia. Menumpukan kepada produk keluaran anak tempatan, JenamaLokal sentiasa berusaha menambah baik lagi platformnya untuk menjadi destinasi e-commerce yang menjadi pilihan ramai.

Matlamat utama JenamaLokal ialah menyediakan sebuah platform untuk pengusaha produk lokal memasar serta mempromosikan produk mereka. Selain itu turut menjadi satu jambatan yang menghubungkan penjual dan pelanggan.

Leave a comment

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkedin
Share on pinterest
Share on Pinterest

More To Explore

kasut perempuan
Fashion & Accessories

19 Jenis Kasut Perempuan Yang Anda Patut Ada

“Bang, boleh saya shopping kasut perempuan hari ni?” Kalau cik suami kata ya, pasti anda tersenyum lebarkan. Tapi anda baru je beli kasut wanita minggu lepas. Maklumlah ada promosi kasut sekarang. Sebelum tu, baik anda ketahui 19 jenis kasut perempuan

Read More »
19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)
Health & Beauty

19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)

“Arghhh, macam mana jerawat boleh timbul pula ni.” Biasa alami situasi tadi setiap kali anda melihat cermin pada waktu pagi? Memang menjadi igauan buat wanita sampai tak konfiden nak keluar berjumpa orang.  Jangan risau. Terdapat banyak kaedah rawatan dan cara

Read More »
JenamaLokal.com

JenamaLokal.com

JenamaLokal emphasizes and prioritizes local brand owners to be highlighted and displayed whilst boosting its scope of marketing and advertising hence gaining both audience and followers.

View All Article