“Sayang, baby kita tak lama nak keluar ni. Kita dah ada checklist barang baby ke?”
Sekiranya mommy dan daddy belum ada lagi checklist barang baby dan keperluan bayi baru lahir, kami ada sediakannya.
Kami senaraikan checklist barang baby, senarai barang baby yang perlu dibeli dan di mana nak beli.
Teruskan membaca sehingga tamat.
Setelah mengharungi pelbagai sakit dan perit sepanjang kehamilan, termasuklah morning sickness dan ketidakstabilan hormon, tarikh jangkaan bersalin juga semakin menghampiri.
Bagi mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa buat pertama kali, keterujaan pasti melanda dalam hal menyediakan pelbagai barangan bayi.
Setiap kali keluar ke pasaraya, pasti ada sahaja barangan bayi yang dibeli, kan?
Tetapi apabila di rumah dan periksa barangan keperluan bayi, mungkin ada sahaja dirasakan tidak cukup, mungkin kerana terlupa atau tertinggal.
Jangan buang masa, jom semak checklist barang baby serta senarai barang baby yang perlu dibeli seperti di bawah.
Ini supaya dapat menghalang bayi daripada merasa kesejukan ketika waktu malam dan mengelakkan mereka dari digigit nyamuk.
Untuk waktu siang pula, mama boleh pakaikan bayi dengan t-shirt dan seluar pendek atau rompers supaya mereka tidak merasa panas.
Mama boleh sediakan pakaian bayi baru lahir seperti di bawah:
5-7 helai baju dan seluar lengan panjang
15 helai baju dan seluar lengan pendek
12 helai baju dan seluar panjang
4 helai baju dan seluar pendek
10 helai barut bayi
5 helai rompers
12 pasang mittens dan booties
2 helai topi bayi
5 helai kain bedung
2 helai tuala mandi
2 helai tuala kecil
Diapering
Begitu juga kalau nak beli pampers, untuk permulaan sebulan pertama boleh pakaikan bayi dengan saiz new born dahulu.
Masuk dua bulan ke atas dan apabila berat mereka bertambah, mama dan papa boleh tukar kepada saiz “S” atau “M” ya.
1 paket lampin
Pin bayi
Pampers
Changing mat
Nappy liners
Sabun basuh baju bayi
Nappy krim
Beg bayi
Baby Care & Grooming
Adalah dinasihatkan untuk mama dan papa beli set mandian bayi dalam saiz kecil dahulu. Sebab ada juga produk yang tidak sesuai dengan bayi.
Set sabun, syampu, bedak, losyen dan minyak bayi
Tab mandian bayi
Krim nappy rash
Gunting kecil
Pemotong kuku
Minyak perut bayi
Penyedut hidung
Termometer
Sikat
Kapas putih
Set Penyusuan
Setiap ibu pasti mahu berikan yang terbaik untuk bayi mereka, termasuk dalam rutin penyusuan badan. Ini antara senarai penting yang perlu ada.
Botol susu
Berus cuci botol
Cecair pencuci botol bayi
Puting
Breast pump
Cooler bag (untuk ibu bekerja)
Bekas atau plastik menyimpan susu perah
Nursing bra
Nursing pad
Termos
Set Tidur Bayi
Menyediakan kelengkapan tidur untuk bayi perlu dilihat pada material dan bahan digunakan untuk tilam. Ini dapat memastikan bayi tidak kerap bangun pada waktu malam.
Haa, dah cukup ke kelengkapan barang bayi dan mama setakat ini? Kalau belum, mama boleh tandakan apa yang perlu dibeli sementara bayi belum keluar lagi.
Atau mungkin mama dah tak larat naik ke shopping mall, maklumlah perut dah semakin membesar kan?
Jangan risau, mama dan papa boleh gunakan kemudahan teknologi hari ini dengan shopping online keperluan bayi baru lahir di JenamaLokal.com!
Berharga RM29, ia diperbuat daripada kain yang ringan dengan kain kapas 100% sekaligus memberikan keselesaan kepada si bayi.
SET MANDIAN MULUS ANAKANDA BY NING SALMAH
Ia boleh digunakan sejak awal kelahiran bayi untuk mengelakkan kulit kering dan mengekalkan kelembapan kulit bayi. Set ini juga dapat membantu masalah eczema pada bayi. Set ini berharga RM29 sahaja.
NOOX BIG PILLOW
Material bantal yang selamat digunakan untuk bayi ini boleh dibeli dengan harga RM90.
SUSU WILDAN GOLD JUNIOR
Berikan si manja anda dengan khasiat susu kambing untuk membantu proses tumbesaran dan kesihatan mereka. Setiap pek 400 gram berharga RM64.
GARLIC BALM ZMBEAUTY
Balm daripada bawang putih ini bertujuan merawat selesema dan batuk di kalangan bayi dan kanak-kanak berdasarkan petua tradisional. Anda boleh membelinya dengan harga RM25.
ELEXIA NATURALS BABY OIL
Menggunakan minyak zaitum semula jadi dengan campuran minyak kelapa dan minyak lavender untuk memelihara kelembapan kulit si manja. Ia berharga RM35.
MINYAK TENANG ANAKANDA BY NING SALMAH
Minyak ini diperbuat dari pelbagai herba terpilih, bertujuan memberi kelegaan pada badan bayi, memberi kesegaran dan ketenangan. Anda boleh membelinya dengan harga RM43.
POWDER MULUS ANAKANDA BY NING SALMAH
Bedak ini diperbuat menggunakan bahan semulajadi yang selamat yang boleh membantu masalah kulit bayi. Bedak ini berharga RM19.
Keperluan Mama
ITWORKS! MINYAK KELAPA DARA 250ML
Bukan sahaja sesuai untuk dimakan begitu sahaja, minyak kelapa dara ini juga sesuai digunakan untuk masakan, termasuk melembapkan rambut dan kulit.
Anda boleh mendapatkan minyak ini dengan harga RM28.50
ITWORKS! MINYAK KELAPA DARA 232ML (2 BALANG)
Sama seperti yang di dalam botol, cuma yang ini didatangkan di dalam bentuk balang dengan harga RM51.
MILK UP CANDY MILK BOOSTER
Sesuai buat para ibu yang ingin menambah susu badan, selain yang sedang hamil dan berpantang bagi meningkatkan kesihatan, kecerdasan dan kecantikan. Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM65.
JenamaLokal sebuah pusat sehenti atas talian yang menjual pelbagai produk buatan Malaysia.
Barangan kita juga bermutu tinggi setanding barangan dari luar negara.
Mengupas berkaitan beberapa solusi terbaik bagi menggerakkan ekonomi pasca pandemik. Pada awal April ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberikan amaran bahawa sebarang perhimpunan secara besar-besaran berkemungkinan tidak akan dibenarkan untuk diadakan bagi tempoh 6 bulan hingga
Pemilihan jenama jam tangan lelaki kini menjadi penting buat lelaki moden. Ini kerana pemakaian jam tangan juga melambangkan personaliti seseorang. Dengan pelbagai pilihan jenama dan rekaan jam tangan terkini di pasaran, pastinya ramai yang inginkan satu jenama yang menepati citarasa
JenamaLokal emphasizes and prioritizes local brand owners to be highlighted and displayed whilst boosting its scope of marketing and advertising hence gaining both audience and followers.