57 Jenis Hadiah Untuk Lelaki Yang Buatkan Suami Atau Boyfriend Suka

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

“Hmmm, apa hadiah yang suami aku suka yer? Birthday dia dah dekat, anniversary kahwin pun tak lama lagi. Aduh, pening nak fikirkan hadiah untuk lelaki ni.”😭

Sama ada si isteri atau teman wanita, adakalanya bingung dibuatnya memikirkan barangan untuk dijadikan hadiah buat pasangan.

Nak gembirakan hati si dia, pastilah kena beri sesuai yang bermakna, yang akan diingati sampai bila-bila supaya si dia bertambah sayang.

Dah jangan pening-pening kepala lagi.

Di sini kami akan kongsikan 57 idea yang sesuai untuk hadiah hari jadi, ulang tahun, naik pangkat dan sebagainya.

hadiah untuk lelaki

Kata orang, nak belikan hadiah untuk wanita agak mudah. Sama ada bunga segar, coklat, mahu pun belanja makan, confirm cair dibuatnya.

Tetapi bagaimana pula hadiah untuk lelaki?

Kalau nak cari hadiah untuk suami atau boyfriend, kenalpasti minat dan hobinya, atau barangan wishlist mereka.

Kami yakin pemberian anda pasti diingati dan dihargai.

IDEA HADIAH UNTUK SUAMI ATAU BOYFRIEND

1. DOMPET

Jika anda lihat dompet mereka semacam uzur dan lusuh je, bolehlah hadiahkan mereka dompet yang baru.

2. KEMEJA

Sama ada kemeja untuk ke pejabat, majlis kahwin atau kemeja jenis santai, anda boleh hadiahkan ini kepada mereka.

3. PLANNER BOOK

Berikan hadiah untuk suami atau boyfriend sempena hari jadinya yang jatuh pada penghujung atau awal tahun.

4. TALI PINGGANG

Jarang lelaki memiliki tali pinggang lebih dari dua.

Kalau nampak dia asyik pakai yang sama, hadiahkan dia tali pinggang yang baru.

5. SPEK HITAM

Encik abang mesti kena pakai spek hitam untuk memandu. Berikannya supaya dia gembira 🙂

6. PENCUKUR ELEKTRIK

Kalau suami hanya gunakan pencukur pakai buang, inilah masa yang sesuai untuk anda hadiahkan pencukur elektrik.

7. MINYAK WANGI

Ada di kalangan mereka tak kisah dengan bau badan sendiri.

Tapi ada juga lelaki yang menjaga ketrampilan diri. Hadiahkan satu untuk boyfriend atau suami anda.

8. TRAVEL BAG

Jika pasangan anda seorang yang suka melancong, ini merupakan idea menarik.

9. SET BERTUKANG

Set bertukang ini sesuai untuk mereka yang sering diminta betulkan pintu rosak, pasang almari dan sebagainya.

10. SMART WATCH

Lain dari jam yang biasa, pemberian seperti ini pasti dihargai oleh pasangan anda.

11. JAM TANGAN

Lelaki mana yang tak suka pakai jam, kan?

12. PERMAINAN VIDEO

Walaupun sudah berusia, lelaki tetap lelaki. Hadiahkan mereka seperti Playstation atau Xbox pasti mereka suka.

13. SET MEMANCING

Antara hadiah birthday untuk lelaki yang kaki memancing!

14. AKSESORI MOTOR

Jika suami atau boyfriend anda jenis naik motor, apa kata hadiahkan mereka seperti helmet, jaket atau baju hujan.

15. KOMIK

Jika pasangan anda seorang yang suka mengumpul komik unik dan rare, ini antara idea yang menarik.

16. ROLLER BALL PEN

Sesuai diberikan buat pasangan yang bekerja di pejabat.

17. SET PENJAGAAN LELAKI

Berikan pasangan anda set penjagaan lelaki.

18. COFFEE MAKER

Tak perlulah suami lepak kedai mamak lagi pagi-pagi nak pekena kopi panas jika anda hadiahkan ini pada mereka.

19. PEMBAKAR ROTI

Kata orang, nak jaga pasangan kena bermula dari perutnya, kan?

20. PORTABLE FRIDGE

Jika boyfriend anda menyewa bilik sahaja, ini antara perkakas berguna untuk mereka simpan barang.

21. HAMMOCK / KELAMBU

Untuk pasangan yang gemar bercuti menikmati keindahan alam semulajadi.

22. PORTABLE BBQ SET

Lepas ni boleh lah korang ajak member lepas sambil ber-bbq di rumah.

23. WIRELESS SPEAKER

Untuk pasangan yang sukakan muzik, hadiahkan sesuatu yang tahan lasak walaupun sedikit mahal.

24. POWERBANK

Berang asyik pinjam yang anda punya? Apa kata hadiahkan satu pada si dia.

25. DRONE

Sesuai untuk pasangan anda yang gemarkan aktiviti outdoor.

26. GOPRO

Siapa je yang tak sukakan GoPro di kala melancong ke luar negara, kan?

27. PORTABLE EXTERNAL DRIVE

Rasanya semua lelaki suka jika anda berikan hadiah sebegini.

28. FLIP DOWN CLOCK

Nak beri sesuatu yang lain dari yang lain. Cuba hadiahkan ini!

29. MEJA LAPTOP

Kesian tengok suami terpaksa buat kerja atas katil. Jika anda mahu jadi isteri yang penyayang, hadiahkan satu meja laptop untuk kegunaannya.

30. PAKEJ PERCUTIAN

Untuk yang telah berkahwin, ini hadiah yang boleh diberikan jika dah lama tak bercuti.

31. KASUT

Tak seperti perempuan, koleksi kasut lelaki boleh dikira. Kasut antara pilihan hadiah yang terbaik.

32. AKSESORI KERETA

Mahu melompat si suami atau boyfriend kalau dapat hadiah sport rim kan?

33. HANDPHONE

iPhone hadiah untuk lelaki

Si dia pasti semakin sayang dengan awak kalau hadiahkan smartfon baru, terutamanya iPhone terbaru!

34. METAL WIRE PUZZLE

Membantu si dia mengisi masa lapang dan meningkatkan kreativiti.

35. KLIP DUIT

Antara trend baru lelaki masa kini kerana lebih praktikal.

36. FLINT STONE FIRE STARTER

Sesuai untuk kegunaan di masa kecemasan.

37. PUNCHING BAG

Mungkin si dia sedang giat menjaga stamina, ini juga antara hadiah terbaik untuk diberikan.

38. PAPAN PUSH UP

Pasangan anda dalam misi nak kurus dan buat badan. Mereka pasti suka jika anda belikan ini.

39. STOKIN

Anda perasan pasangan asyik pakai stokin yang sama sehingga berbau dan koyak di hujungnya? Dah sampai masa untuk hadiahkan mereka stokin yang baru!

40. TOPI

Hadiah yang sesuai untuk pasangan tanpa mengira usia.

Jika anda masih memerlukan idea lain untuk dijadikan hadiah buat suami atau boyfriend, apa kata shopping saja di JenamaLokal.

41. T-SHIRT KOSONG

Apa kata sekali-sekala keluar dating dengan gaya simple dengan t-shirt kosong?

Dapatkan hadiah hari jadi ini daripada TUATU di JenamaLokal.

42. KURTA

Serlahkan penampilan pasangan anda dengan kurta daripada Hijrah Couture.

43. CASUAL T-SHIRT

Teman lelaki anda gemar memakai t-shirt? Sesuai buat mereka yang suka gaya ringkas tetapi tetap nampak bergaya.

44. T-SHIRT LONGLINE

Satu lagi koleksi TUATU dengan rekaan minimal dan sedikit labuh.

45. T-SHIRT GYM

Hadiah ulang tahun buat suami yang pasti bermakna buat si dia yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat.

46. SELUAR UNTUK SENAMAN

Juga hadiah yang menarik untuk pasangan yang gemar bersukan.

47. BOMBER JAKET

Untuk penampilan lebih stail dan ranggi.

48. BACKPACK

Koleksi beg sandang yang menarik dari Wunderbag amat sesuai sebagai hadiah untuk boyfriend anda.

49. SNEAKERS

Kasut untuk dating hujung minggu? Baik grab sekarang!

50. CAP

Dapatkan koleksi topi dari Malayaku dengan rekaan yang menarik.

51. JAM TANGAN

Bosan tengok pasangan pakai jam yang sama? Apa kata cuba gaya elegan ini.

52. BEG LAPTOP

Amat sesuai buat pasangan anda yang perlu membawa laptop setiap hari untuk ke pejabat.

53. WALLET

Dompet suami semakin uzur? Dah tiba masanya untuk bertukar kepada yang baru.

54. KASUT KESIHATAN

Jadikan kasut ini sebagai kasut harian suami ke pejabat di samping boleh menjaga kesihatan.

55. KOPI KESIHATAN

Keluaran Clear Herbs, bantu pasangan anda untuk menjaga kesihatan luaran dan dalamannya.

56. SELUAR JEANS

Ada pelbagai potongan seluar jeans yang terkini boleh didapati di sini.

57. SPEK HITAM

Mahu pasangan nampak kacak bergaya? Hadiahkan spek mata hitam ini pada si dia.

Dah banyak idea hadiah untuk lelaki yang kami kongsikan pada anda dalam entri kali ini.

Jadikan pemberian anda itu sesuatu yang bermakna buat si dia.


JenamaLokal sebuah pusat sehenti atas talian yang menjual pelbagai produk buatan Malaysia.

Barangan kita juga bermutu tinggi setanding barangan dari luar negara.

Semuanya di hujung jari anda. Tunggu apa lagi?

Leave a comment

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkedin
Share on pinterest
Share on Pinterest

More To Explore

jenama jam tangan lelaki
Fashion & Accessories

16 Jenama Jam Tangan Lelaki Terbaik Yang Anda Patut Miliki

Pemilihan jenama jam tangan lelaki kini menjadi penting buat lelaki moden. Ini kerana pemakaian jam tangan juga melambangkan personaliti seseorang. Dengan pelbagai pilihan jenama dan rekaan jam tangan terkini di pasaran, pastinya ramai yang inginkan satu jenama yang menepati citarasa

Read More »
checklist barang bayi
Mom & Baby

Sudah Ada Checklist Barang Baby Lengkap Ini?

“Sayang, baby kita tak lama nak keluar ni. Kita dah ada checklist barang baby ke?” Sekiranya mommy dan daddy belum ada lagi checklist barang baby dan keperluan bayi baru lahir, kami ada sediakannya. Kami senaraikan checklist barang baby, senarai barang

Read More »
JenamaLokal.com

JenamaLokal.com

JenamaLokal emphasizes and prioritizes local brand owners to be highlighted and displayed whilst boosting its scope of marketing and advertising hence gaining both audience and followers.

View All Articles