Pemilihan jenama jam tangan lelaki kini menjadi penting buat lelaki moden.
Ini kerana pemakaian jam tangan juga melambangkan personaliti seseorang.
Dengan pelbagai pilihan jenama dan rekaan jam tangan terkini di pasaran, pastinya ramai yang inginkan satu jenama yang menepati citarasa anda.
Pemakaian jam tangan dapat menggambarkan personaliti dan identiti seseorang lelaki.
Ia bukan sekadar untuk mengetahui masa sahaja. Kini jam tangan menjadi aksesori wajib kepada lelaki untuk membolehkan mereka tampak bergaya dan stail.
Jika berjalan ke shopping mall, mata si lelaki pasti tak terlepas dari memandang butik atau kedai jam berjenama untuk melihat rekaan terkini.
Berikut kami kongsikan beberapa tips penting untuk membeli jam tangan lelaki.
1. Ketahanan
Teliti jenis bahan atau material jam tangan berkenaan untuk mengetahui ketahanannya.
Elakkan memilih jam tangan dari jenis kulit sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh.
2. Jenama
Kualiti sesuatu barangan biasanya hadir dengan harga yang sedikit mahal.
Adalah dinasihatkan untuk membaca review terlebih dahulu untuk mengetahui performance dan kualiti jam tangan berkenaan.
Yang penting, jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk membeli.
3. Ukuran
Setiap jam mempunyai ukuran lebar badan dan panjang tali yang berbeza.
Sebagai panduan, jangan beli jam tangan yang badannya lebih lebar dari pergelangan tangan anda.
4. Gerakan Jam
Antara hal terpenting sebeluum membeli jam adalah anda perlu tahu sama ada jam digerakkan sama ada menggunakan fungsi bateri, quartz atau mekanikal.
Fungsinya tetap sama walaupun berbeza dari segi aplikasi dalaman jam.
4. Fungsi Jam
Pastikan anda beli jam yang memenuhi keperluan dan kehendak anda.
Misalnya jika anda seorang yang aktif dan bersukan, adalah digalakkan untuk memilih jam tangan pintar.
Manakala rekaan klasik pula sesuai buat mereka yang mahu tampil segak dan elegan.
16 Jenama Jam Tangan Lelaki Terkini
1. Rolex
Antara jenama jam yang disukai oleh golongan korporat di majlis-majlis rasmi.
Pengasas kepada jenama jam tangan mewah ini ialah Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mula beroperasi di London, England pada tahun 1905.
Rolex merupakan antara 10 jenama jam tangan mewah yang termahal di dunia seperti yang disenaraikan pada 2018.
2. Seiko
Jenama yang berasal dari Jepun ini mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi lambang maskulin pada setiap lelaki yang memakainya.
Diasaskan pada tahun 1881 oleh Kintaro Hattori, Seiko sebenarnya membawa maksud ‘indah dan kejayaan’.
3. Tissot
Walaupun harganya sedikit mahal dari jenama yang lain, Tissot tetap menjadi buruan ramai lelaki yang mementingkan gaya, kualiti dan karakter.
Jenama jam tangan Tissot ini telah diasaskan oleh Charles-Félicien Tissot dan anaknya Charles-Émile Tissot di Swiss City, Switzerland.
Jenama jam tangan ini pernah bekerjasama dengan selebriti, pemain bola keranjang, pelakon, pemain kriket, dan pelumba MotoGP yang menjadi duta mereka.
4. Fossil
Antara jenama jam tangan lelaki yang berkualiti tinggi.
Diasaskan sejak tahun 1984, Fossil menawarkan koleksi jam tangan yang berbagai rekaan serta dihasilkan dengan bahan yang terbaik.
Jam tangan berjenama Fossil ini sesuai dipakai harian atau ketika majlis formal. Selain itu, ia juga boleh dijadikan hadiah kepada orang yang tersayang.
5. Tag Heuer
Jenama ini menjadi pilihan ramai lelaki yang sukakan gaya klasik, moden dan mewah.
Dengan pengalaman hampir 100 sebagai jenama jam tangan terkemuka di dunia, tidak hairanlah orang menjadikan Tag Heuer sebagai koleksi jam tangan utama.
Diasaskan di Switzerland, Tag Heuer pernah menjadi jenama jam tangan mewah yang terunggul pada tahun 1990-an.
6. G-Shock
Biasa tengok jam G-Shock? Jam ini merupakan salah satu jam di bawah jenama Casio yang sangat diminati seluruh masyarakat dunia termasuk di Malaysia.
Rata-rata orang muda sukakan G-Shock kerana fungsinya, reka bentuk dan warna yang pelbagai.
Kelebihan yang ada pada G-Shock adalah kemudahan jam randik (stop watch), iaitu penting ketika aktiviti sukan atau semasa di gym.
7. Casio
Casio berasal dari Jepun dan diasaskan pada tahun 1946 oleh Tadao Kashio.
Bukan sahaja popular dengan rekaan jam tangan, Casio juga hadir dengan ciptaan kalkulator saintifik.
Dalam pada kita menyebut jam tangan jenama antarabangsa yang digilai ramai, rupa-rupanya jenama jam tangan lelaki buatan tempatan juga tidak kurang hebatnya.
Ia diyakini berkualiti tinggi malah dijual dengan harga yang berpatutan.
8. Perfecto Black Leather Watch by Massa Collection
Jam tangan lelaki jenis kulit dengan badan konograf bewarna rose gold.
Sesuai buat individu yang sukakan gaya klasik dan mewah.
9. Perfecto Brown Leather Watch by Massa Collection
Jika anda kurang gemar dengan warna hitam, apa kata pilih jam tangan kulit bewarna coklat?
Warna ini menyerlahkan gaya mewah dan sesuai dipakai sama ada ke urusan rasmi dan waktu bekerja.
10. MEM Braune Adam
Produk dari MEM Watches ini amat unik kerana menggunakan nombor dalam huruf jawi.
11. MEM Anomaly Adam Ultramarine
Bagi lelaki yang sukakan gaya ringkas, jam tangan ini amat sesuai untuk anda.
Pergerakan jam juga mengikut cara tawaf Kaabah.
12. Nobler Leather Black Silver Sapphire Glass Watch by Massa Collection
Sedang mencari hadiah buat teman lelaki?
Jam tangan ini pasti sesuai buat personaliti lelaki yang sukakan gaya kemas.
Menggunakan material kulit asli pada tali jam tangannya dan badannya pula bewarna black silver sapphire, si pemakainya pasti nampak macho!
13. Vigo Grey Silicon Sport Watch By Massa Collection
Suami anda seorang yang sukakan gaya unik?
Jam tangan ini pasti sesuai buat si dia sempena hadiah ulang tahun berkahwinan anda.
Antara ciri-ciri menarik jam ini adalah strap dari material silicon dan notch indices display.
14. Vigo Orange Silicon Sporty Watch by Massa Collection
Fungsinya sama seperti jam tangan di atas, cuma tali jam tangan ini menggunakan warna oren sesuai buat individu yang sukakan perhatian dan berani.
15. Vigo Baby Blue Silicon Sporty Watch by Massa Collection
Satu lagi warna menarik dari koleksi Sport Watch Massa Collection ini dengan perincian dalaman jam berwarna baby blue.
16. Vigo Red Silicon Sporty Watch By Massa Collection
Koleksi Sport Watch Massa Collection yang mempunyai perincian berwarna merah pada dalaman jam ini juga tampak menarik dan tampak bold.
Kesemua jam tangan lelaki ini sesuai dijadikan hadiah hari jadi, hadiah ulang tahun, mahu pun hantaran untuk majlis perkahwinan kelak.
Anda boleh membelinya di JenamaLokal, sebuah online mall yang kini menjadi pilihan ramai orang yang kurang mempunyai masa untuk membeli-belah di luar.
Sebenarnya, barangan kita juga bermutu tinggi setanding barangan dari luar negara.
Semuanya di hujung jari anda. Tunggu apa lagi?