Menggerakkan Ekonomi Pasca Pandemik

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Mengupas berkaitan beberapa solusi terbaik bagi menggerakkan ekonomi pasca pandemik.

Pada awal April ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberikan amaran bahawa sebarang perhimpunan secara besar-besaran berkemungkinan tidak akan dibenarkan untuk diadakan bagi tempoh 6 bulan hingga setahun susulan pandemik Covid-19. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berjalan pun, ramai pengusaha dan peniaga alami kerugian besar, khususnya usahawan kecil dan sederhana (SME) di kalangan rakyat Malaysia.

Setakat ini kita sudah tahu bahawa penganjuran bazar Ramadhan telah dibatalkan di seluruh negara. Kerajaan kini menggalakkan peniaga menggunakan konsep e-bazar dan drive-thru untuk menjual produk mereka. Tidak diketahui bila pasaraya, gedung-gedung dan ekspo yang menjadi lokasi usahawan memasarkan barangan mereka akan dibuka semula.

Semestinya, membeli produk secara dalam talian seperti di JenamaLokal.com tidak akan sama seperti membeli secara terus daripada kedai.

Insha-Allah, sekiranya rantaian jangkitan coronavirus dapat dihentikan, berkemungkinan aktiviti ekonomi dapat bergerak semula. Tetapi bagaimana kita boleh aktif semula sambil memastikan masyarakat bebas daripada jangkitan? Sehubungan itu, di sini ada beberapa cadangan yang sekadar ingin dikongsi bersama pembaca untuk memastikan ekonomi kita dapat berjalan secara baik selepas musim wabak ini berakhir, terutama di pasaraya, gedung, kedai, gerai, ekspo dan lain-lain.

1. Hand Sanitizer dan Alat Pembaca Suhu

Penyediaan hand sanitizer dan alat pembaca suhu merupakan langkah paling obvious yang perlu dilakukan. Pengusaha pasaraya atau penganjur ekspo wajar meletakkan petugas yang bertanggungjawab memastikan hanya mereka yang mempunyai suhu normal sahaja dapat memasuki premis. Botol hand sanitizer perlu diletakkan di setiap penjuru premis.

2. Lampu UV

Ramai mengetahui hampir semua acara sukan popular dihentikan pada masa sekarang, umpamanya liga bolasepak di seluruh Eropah, tetapi tahukah anda bahawa, di Amerika Syarikat, acara gusti tahunan Wrestlemania anjuran WWE tetap berjalan seperti biasa? Ia dijalankan di dalam dewan tanpa penonton. Tetapi yang menarik di sini adalah langkah-langkah yang mereka lakukan untuk memastikan acara itu diteruskan, antaranya menggunakan lampu UV!

3. Terowong Sanitasi

Sekiranya kita melayari laman Alibaba sekarang, terowong sanitasi (disinfectant tunnel) boleh dibeli pada harga serendah 500 dolar bersamaan sekitar RM2200.00! Sama ada produk tersebut adalah scam atau pun benar-benar menepati piawaian kesihatan, adalah tidak diketahui. Tetapi bukan sesuatu yang melampau sekiranya pemasangan terowong sanitasi ini diperluaskan. Walau bagai mana pun, khidmat nasihat dan bantuan Kementerian Kesihatan mestilah diperoleh bagi memastikan prosedur sebenar dipatuhi.

Selain itu, apabila kita lihat kreativiti anak-anak muda kita menghasilkan face shield dan kelengkapan hospital untuk kegunaan petugas kesihatan yang menangani kes coronavirus, semestinya ada yang berkeupayaan menghasilkan terowong sanitasi ini pada harga yang berpatutan. Contohnya, penyelidik Pusat Pengajian Diploma Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menerima tempahan untuk membekalkan terowong sanitasi yang dicipta pihak UniMAP.

4. Cashless Transaction

Dr. Sanjay Maggirwar, dari George Washington University School of Medicine berkata mikroorganisma coronavirus boleh bertahan di atas permukaan sehingga 10 hari, dan ini termasuklah kuman di atas wang kertas dan syiling.

Sudah tiba masanya kerajaan dan pengusaha beralih kepada mengutamakan transaksi tanpa wang (cashless transaction). Duit kertas mahupun syiling yang kita pegang dan hulur dalam urusan pembayaran adalah antara faktor kuman merebak. Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini cuba memperkenalkan e-wallet dalam menggalakkan transaksi secara cashless, tetapi menemui kegagalan kerana taktik promosi yang tidak berkesan. Pihak kerajaan wajar melihat semula idea ini dalam pelan jangka masa panjang.

Satu lagi cara adalah dengan memperkenalkan penggunaan self checkout machine yang boleh dijumpai di pasaraya di negara seperti Jepun. Apabila hendak membayar, pembeli sekadar perlu mengimbas barangan dan kemudian memasukkan wang ke dalam mesin tersebut dan wang baki akan keluar. Ini secara langsung dapat mengurangkan sentuhan dan contact antara juruwang dan pelanggan.

Kesimpulan

Adalah perlu ditegaskan di sini bahawa perkara yang dicadangkan di atas tidak semestinya boleh memastikan persekitaran yang seratus peratus bebas dari virus. Tetapi ianya boleh dilaksanakan sebagai langkah pencegahan, supaya kita dapat melakukan transisi yang baik untuk mengembalikan keadaan normal dalam aktiviti ekonomi kita. Pada ketika ini, pembelian atas talian seperti di JenamaLokal.com amat digalakkan bagi menghindari anda daripada keluar rumah untuk mendapatkan barangan tempatan.

Oleh Muhammad Kamal
[email protected]


RUJUKAN

Abdul Rahman, D. A. (2020, April 3). COVID-19: UniMAP sumbang terowong sanitasi kepada IPK Perlis. Retrieved April 6, 2020, from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672520/covid-19-unimap-sumbang-terowong-sanitasi-kepada-ipk-perlis

Barrasso, J. (2020, April 2). How WWE Is Dealing With Coronavirus Threat at WrestleMania. Sports Illustrated. Retrieved April 7, 2020, from https://www.google.com/amp/s/www.si.com/.amp/wrestling/2020/04/04/should-wwe-air-wrestlemania-36

Paper money shunned due to coronavirus. (2020, March 20). CBS News. Retrieved April 7, 2020, from https://www.cbsnews.com/news/cash-paper-money-coronavirus-covid-19/

Salleh, N. H. M. (2020, April 3). KKM tak galak himpunan besar dalam tempoh 6 bulan hingga setahun. Free Malaysia Today. Retrieved April 7, 2020, from https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/03/kkm-tak-galak-himpunan-besar-dalam-tempoh-6-bulan-hingga-setahun/

Leave a comment

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkedin
Share on pinterest
Share on Pinterest

More To Explore

Texas holdem Finatics

In order to decide upon the most position product items to make sure you acquire, following that read this. But to cure increase anxiety, we suggest you think about a good look on this range of on-line casino residential home

Read More »
JenamaLokal.com

JenamaLokal.com

JenamaLokal emphasizes and prioritizes local brand owners to be highlighted and displayed whilst boosting its scope of marketing and advertising hence gaining both audience and followers.

View All Articles