21 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

SUPER DEALS

Sardin VIRAL Cili

RM8.00 RM6.90
Quick View Compare
Read more

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on email

Sedang mencari produk kosmetik yang selamat digunakan?

Nak cari produk muka yang tiada bahan kimia memerlukan kajian yang terperinci.

Anda memerlukan panduan dan review yang menyakinkan.

Sekiranya anda sedang shopping produk kosmetik yang selamat digunakan, anda berada di tempat yang betul.

Tip Memilih Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

Semua wanita tak kira berapa pun usia, muda atau lebih matang, semuanya menginginkan kulit yang sihat, bersih, berseri.

Ramai yang terlalu taksub untuk memiliki kulit cantik bak telur yang dikupas sehingga tidak mengendahkan sama ada produk yang digunakan selamat atau mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sebenarnya di farmasi, banyak sahaja produk kosmetik yang selamat digunakan dan berkesan.

Tapi biasalah produk yang baik memang makan masa sikit nak nampak hasilnya.

Biarpun ada sesetengah daripadanya tidak mengandungi bahan kimia tetapi dengan penggunaan secara konsisten, anda akan mendapat kulit yang diinginkan.

Yang penting jangan cepat ‘give up’ sedangkan baru beberapa hari je anda gunakan produk berkenaan!

Sebelum membeli sebarang produk muka, pastikan anda buat ‘research’ terlebih dulu. Jangan terjerumus membeli produk timbang kilo pula!

Di pasaran banyak rangkaian jenama produk wajah tak kiralah ‘brand’ luar negara atau produk kecantikkan Malaysia.

Asalkan anda kenal pasti terlebih dulu jenis kulit wajah anda, anda takkan berdepan dengan masalah produk tak sesuai.

Jom kita tengok apakah 21 produk kosmetik yang selamat digunakan.

1. COSMODERM

produk kosmetik yang selamat digunakan

Cosmoderm merupakan produk anak tempatan yang bukan saja selamat digunakan tetapi harganya cukup berpatutan.

Produk yang diasaskan pada tahun 2001 ini diformulasikan oleh sekumpulan pakar penjagaan kulit dan dermatologis dari Perancis tetapi jangan risau ia mempunyai sijl halal.

Bahan yang terkandung dalam produk Cosmoderm menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti vitamin E dari Eropah, minyak tea tree dari Australia, Co-Enzymen Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti manjakani dari Malaysia.

2. GARNIER SAKURA PINKISH RADIANCE MOISTURIZING CREAM SPF21

produk kosmetik yang selamat digunakan

Jika anda menghadapi masalah liang pori terbuka, anda perlu mencuba produk ini.

Ia memiliki ekstrak bunga sakura, vitamin B3 dan Vitamin CG yang dapat membantu menutup liang pori dan memulihkan tona kulit tidak sekata yang sesuai untuk semua jenis kulit.

3. SK-II FACIAL TREATMENT ESSENCE

produk kosmetik yang selamat digunakan

Produk yang menjadi kegilaan wanita Jepun ini menggunakan bahan semulajadi Pitera yang diperkaya dengan vitamin dan mineral.

Ia mampu melembap serta mengembalikan nutrisi pada wajah dan membuatkan kulit anda kelihatan bak kristal.

4. THE BODY SHOP HIMALAYAN CHARCOAL PURIFYING GLOW MASK

produk kosmetik yang selamat digunakan

Produk multifungsi daripada ini boleh digunakan sebagai skrub dan juga masker wajah.

Ia mengandungi arang buluh dan daun teh, tekstur kasar pada produk ini bertindak sebagai ejen pengelupasan (exfoliate) yang dapat menghaluskan wajah.

5. KIEHL’S ULTRA FACIAL OIL-FREE TONER

produk kosmetik yang selamat digunakan

Penyegar wajah ini bebas pewangi dan paraben ini menjadi pilhan terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak.

Toner bebas alcohol ini tidak akan mengeringkan kulit malah mampu menyerap minyak berlebihan.

6. TONY MOLY PURENESS 100 FACIAL MASK SHEET

produk kosmetik yang selamat digunakan

Produk ini cukup terkenal di Korea kerana reka bentuk produknya yang berbagai corak.

Diperbuat daripada 100% kapas lembut, ia sesuai digunakan semua golongan termasuk remaja yang ingin melakukan rawatan penjagaan wajah sendiri.

Masker wajah ini mampu memperbaiki kulit yang rosak dan membuatkan kulit wajah lebih berseri serta bermaya.

Selain itu mampu menenangkan, melembap, memperbaiki dan mencerahkan wajah.

7. COSRX ONE STEP PIMPLE CLEAR PAD & CENTELLA BLEMISH CREAM

produk kosmetik yang selamat digunakan

Cosrx membantu anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat kerana dibuat daripada bahan semulajadi.

Ia juga dapat mengawal minyak berlebihan serta bertindak sebagai ejen pengelupasan yang dapat melegakan kulit.

Bahan aktif yang menembusi liang pori ini dapat mengusir celaan yang tidak diingin dan sekaligus membersih dan mencegah masalah kulit.

Hanya dengan satu langkah mudah saja, anda dapat menyingkirkan masalah kulit.

8. INNISFREE BLACKHEAD BALM

produk kosmetik yang selamat digunakan

Balm yang dihasilkan daripada kelompok gunung berapi pulau Jeju ini mampu menyerap kotoran serta minyak dari wajah.

Ia turut menghilangkan bintik hitam dan membuka liang pori supaya kulit sentiasa bersih dan lembap.

9. SKINFOOD ROYAL HONEY PROPOLIS ESSENCE

produk kosmetik yang selamat digunakan

Intipati berkhasiat yang terkandung di dalam produk ini telah dinaik taraf dengan mengandungi lebih banyak ekstrak propolis.

Mengandungi 63% ekstrak propolis dan 10 % royal jelly, produk antioksidan ini dapat membantu melembutkan dan menguatkan kulit wajah.

10. HIMALAYA PURIFYING NEEM FACE WASH

produk kosmetik yang selamat digunakan

Kandungan daripada bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit ini sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit kombinasi dan cenderung berjerawat.

Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ia bersifat anti bakteria agar kulit bebas daripada masalah.

11. MISSHA TIME REVOLUTION NIGHT REPAIR NEW SCIENCE ACTIVATOR BORABIT AMPOULE

produk kosmetik yang selamat digunakan

Dengan kandungan Bifida Ferment Lysate (sejenis ragi yang difermentasi) ia bertindak sebagai agen anti-penuaan.

Retinol yang dikenali sebagai Vitamin A menjadikan kulit lebih cerah dan menghapuskan garis halus dengan segera.

12. KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN C DROP

produk kosmetik yang selamat digunakan

Serum penjagaan kulit ini mampu memudarkan bintik coklat sekali gus melindungi kulit daripada pigmentasi daripada berlaku.

Produk ini juga dapat mengurangkan garis halus, menganjalkan wajah serta mempunyai tahap pH 3.81 yang bebas haruman.

13. BANILA CO CLEAN IT ZERO

produk kosmetik yang selamat digunakan

Dengan tahap pH 6.1, penggunaan minyak ester semulajadi ini amat mesra dengan kulit.

Ia selamat digunakan pada semua jenis kulit termasuklah kanak-kanak.

Menggunakan ramuan semula jadi the hijau, dapat memperbaiki dan melembutkan wajah.

14. LANEIGE WATER SLEEPING MASK & LIP

produk kosmetik yang selamat digunakan

Diperkaya dengan Vitamin C serta mengandungi rasberri, strawberi, cranberry serta ekstrak blueberi, produk ini mampu menyahkan kulit kering, mati dan merawat bibir kering pada waktu malam.

Anda bakal mendapat bibir yang licin dan lembut sebaik bangun dari tidur.

15. KLAIRS SUPPLE PREPARATION TONER & MIDNIGHT BLUE CALMING CREAM

produk kosmetik yang selamat digunakan

Diekstrak daripada minyak chamomile, bahan unik ini membantu di dalam penjagaan kulit wanita Jepun.

Ia telah melalui uji kaji klinikal, produk ini memberikan kesan pemulihan sehingga 89.7%.

Malah mampu merawat sehingga 60.6% untuk masalah eczema dan 86.5% untuk penyakit kulit ulseratif.

Dengan kandungan Centella Asiatica Extract, ia mampu pertumbuhan semula kulit rosak serta mencegah parut.

16. ALOE SOOTHING NIGHT CREAM

produk kosmetik yang selamat digunakan

Sesuai untuk kulit sensitive, krim ini mengandungi minyak bijan dan Aloe Vera yang dirumus dengan tekstur lebih pekat.

Sapuan yang betul pada wajah dapat mengekalkan kelembapan serta memulihkan sistem pertahanan pada kulit.

17. SULWHASOO GENTLE CLEANSING OIL EX

produk kosmetik yang selamat digunakan

Pencuci wajah daripada bahan semulajadi iaitu benih Coix Lacryma-Jobi, kulit buah limau dan minyak aprikot ini dapat mencegah kulit anda dari cela.

Ia berkesan untuk menghapuskan kotoran dan membuang sel kulit mati dan melindungi lapisan kulit.

18. MASKER KUNYIT THE BEAUTY HACKS

produk kosmetik yang selamat digunakan

Tidak sama seperti serbuk kunyit yang terdapat di dapur anda, masker daripada jenama ini memiliki ekstra collagen, vitamin C dan akar kayu terpilih untuk menyelesaikan masalah kulit anda.

Ia mampu mengatasi masalah jerawat, kulit berminyak, mengurangkan kedutan, mencegah penuaan, pigmentasi dan banyak lagi.

19. ACNE CLEANSING GEL THE BEAUTY HACKS

produk kosmetik yang selamat digunakan

Satu lagi produk daripada The Beauty Hacks ini sesuai untuk kulit kering, berminyak, kombinasi dan selamat untuk kulit sensitif.

Dengan pH rendah (4.5-5.5), produk ini mampu mencerahkah kulit, melembap serta memberi nutrisi sehingga ke dalam lapisan kulit.

Ia membantu menghilangkan sel kulit mati, mencuci liang pori tersumbah dan mengecutkan jerawat.

20. ZAWARA MAGIC LIP BALM COLLAGEN

produk kosmetik yang selamat digunakan

Magic Lipbalm Collagen boleh melembapkan, menghidratkan dan merahkan bibir secara semulajadi.

Ia juga boleh digunakan sebagai primer sebelum memakai lipstick.

21. WHITENING UV DAY CREAM USHAYNA BEAUTY

produk kosmetik yang selamat digunakan

Krim siang yang mengandungi SPF35, pelindung cahaya matahari, tidak berminyak, penting untuk mencegah pertumbuhan jeragat, kusam, sunburn.

Bertindak sebagai krim pelindung UVSPF35, ia juga bertindak sebagai foundation.

Produk ini berasakan air dan tidak berminyak serta tidak cepat berpeluh.

Jadi pastikan setiap kali mencari produk penjagaan wajah, periksa terlebih dulu bahan yang terkandung di dalamnya.

Adakah ia selamat digunakan?

Bukan apa, ini bagi mengelakkan kesan buruk kepada wajah anda pada jangka masa yang panjang.

Jangan kerana taksub untuk memiliki wajah putih mulus, anda sanggup mengabaikan keselamatan diri sendiri dan juga keluarga.

JenamaLokal ialah gedung beli belah online produk tempatan pertama di Malaysia.

Menumpukan kepada produk keluaran anak tempatan, JenamaLokal sentiasa berusaha menambah baik lagi platformnya untuk menjadi destinasi e-commerce yang menjadi pilihan ramai.

Matlamat utama JenamaLokal ialah menyediakan sebuah platform untuk pengusaha produk lokal memasar serta mempromosikan produk mereka.

Selain itu turut menjadi satu jambatan yang menghubungkan penjual dan pelanggan.

Dengan corak pembelian masyarakat masa kini yang suka membeli belah secara atas talian, kemunculan JenamaLokal dikira tepat pada waktunya.

Justeru, penambahbaikkan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa dilakukan supaya pembeli dapat menikmati pembelian dengan lancar dan mudah.

Leave a comment

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkedin
Share on pinterest
Share on Pinterest

More To Explore

kasut perempuan
Fashion & Accessories

19 Jenis Kasut Perempuan Yang Anda Patut Ada

“Bang, boleh saya shopping kasut perempuan hari ni?” Kalau cik suami kata ya, pasti anda tersenyum lebarkan. Tapi anda baru je beli kasut wanita minggu lepas. Maklumlah ada promosi kasut sekarang. Sebelum tu, baik anda ketahui 19 jenis kasut perempuan

Read More »
19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)
Health & Beauty

19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)

“Arghhh, macam mana jerawat boleh timbul pula ni.” Biasa alami situasi tadi setiap kali anda melihat cermin pada waktu pagi? Memang menjadi igauan buat wanita sampai tak konfiden nak keluar berjumpa orang.  Jangan risau. Terdapat banyak kaedah rawatan dan cara

Read More »
JenamaLokal.com

JenamaLokal.com

JenamaLokal emphasizes and prioritizes local brand owners to be highlighted and displayed whilst boosting its scope of marketing and advertising hence gaining both audience and followers.

View All Article