30 Skincare Terbaik Di Pasaran (UPDATE 2019)

Share This Post

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Artikel ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang 30 produk skincare terbaik di Malaysia.

Sekiranya anda sedang memilih produk skincare terbaik untuk kegunaan anda, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Kenapa Guna Produk Kecantikan?

Ramai wanita mengimpikan kulit wajah yang mulus dan cerah, tetapi sejauh manakah lambakan produk kecantikan yang terdapat di pasaran selamat untuk anda gunakan?

Sebenarnya banyak sahaja produk kecantikan wanita yang selamat dan berkesan boleh didapati dengan mudah di farmasi.

Memanglah kesannya tidak secepat produk timbang kilo tetapi yang penting ia selamat untuk kesihatan kulit wajah anda.

Berikut adalah 30 produk skincare terbaik di Malaysia yang anda boleh cuba hari ini:

30 Produk Kecantikan Yang Selamat dan Berkesan

1. GARNIER SAKURA PINKISH RADIANCE MOISTURIZING CREAM SPF21

skincare terbaik

Jika anda menghadapi masalah liang pori terbuka, anda perlu mencuba produk ini kerana ia memiliki ekstrak bunga sakura, vitamin B3 dan Vitamin CG.

Ia dapat membantu menutup liang pori dan memulihkan tona kulit tidak sekata yang sesuai untuk semua jenis kulit.

2. COSMODERM LUMINOUS PEARL BRIGHTENING NIGHT SERUM

skincare terbaik

Selamat digunakan oleh ibu hamil, produk ini tidak mengandungi bahan kimia seperti alkohol dan paraben.

Mengandungi Active-G, Apple Stem Cell, kolagen, witch hazel, aloe vera dan minyak benih ros hip, ia membantu menghapuskan kulit mati dan melindungi lapisan kulit baru.

3. SK-II FACIAL TREATMENT ESSENCE

skincare terbaik

Produk yang menjadi kegilaan wanita Jepun ini menggunakan bahan semulajadi Pitera yang diperkaya dengan vitamin dan mineral.

Ia mampu melembap serta mengembalikan nutrisi pada wajah dan membuatkan kulit anda kelihatan bak kristal.

4. THE BODY SHOP HIMALAYAN CHARCOAL PURIFYING GLOW MASK

skincare terbaik

Produk multifungsi ini boleh digunakan sebagai skrub dan juga masker wajah.

Ia mengandungi arang buluh dan daun teh, tekstur kasar pada produk ini bertindak sebagai ejen pengelupasan (exfoliate) yang dapat menghaluskan wajah.

5. KIEHL’S ULTRA FACIAL OIL-FREE TONER

skincare terbaik

Penyegar wajah ini bebas pewangi dan paraben menjadi pilhan terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak.

Toner bebas alcohol ini tidak akan mengeringkan kulit sebaliknya mampu menyerap minyak berlebihan pada wajah.

6. TONY MOLY PURENESS 100 FACIAL MASK SHEET

skincare terbaik

Masker wajah ini mampu memperbaiki kulit yang rosak dan membuatkan kulit wajah lebih berseri serta bermaya. Selain itu ia juga mampu menenangkan, melembap, memperbaiki dan mencerahkan wajah.

Diperbuat daripada 100% kapas lembut, ia sesuai digunakan semua golongan termasuk remaja yang ingin melakukan rawatan wajah sendiri.

7. COSRX ONE STEP PIMPLE CLEAR PAD & CENTELLA BLEMISH CREAM

skincare terbaik

Membantu anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat kerana dibuat daripada bahan semulajadi.

Dapat mengawal minyak berlebihan serta bertindak sebagai ejen pengelupasan yang dapat melegakan kulit.

Bahan aktif yang menembusi liang pori ini dapat mengusir celaan yang tidak diingini dan sekaligus membersih dan mencegah masalah kulit.

8. INNISFREE BLACKHEAD BALM

skincare terbaik

Balm yang dihasilkan daripada kelompok gunung berapi pulau Jeju ini mampu menyerap kotoran serta minyak dari wajah.

Ia turut menghilangkan bintik hitam dan membuka liang pori supaya kulit sentiasa bersih dan lembap.

9. SKINFOOD ROYAL HONEY PROPOLIS ESSENCE

skincare terbaik

Intipati berkhasiat yang terkandung di dalam produk ini telah dinaiktaraf dengan mengandungi lebih banyak ekstrak propolis.

Ia mengandungi 63% ekstrak propolis dan 10% royal jelly. Produk antioksidan ini dapat membantu melembutkan dan menguatkan kulit wajah.

10. HIMALAYA PURIFYING NEEM FACE WASH

skincare terbaik

Kandungan daripada bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit ini sesuai untuk wanita yang mempunyai kulit kombinasi dan cenderung berjerawat.

Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, ia bersifat anti bakteria agar kulit bebas daripada masalah.

11. CETAPHIL SKIN CLEANSER

skincare terbaik

Produk yag sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan Cetaphil anda boleh mendapatkan kulit muka yang mulus, tidak berminyak mahupun terlalu kering dan yang penting sekali bebas jerawat!

12. NUTOX CLEANSING GEL

skincare terbaik

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, produk ini sesuai untuk anda.

Meskipun kandungannya mild (ringan) tetapi mampu ia mampu mencerah serta melempabkan kulit selain membersihkan kekotoran pada wajah tanpa mengeringkan sehingga membuatkan kulit terasa tegang.

13. NEUTROGENA ALCOHOL FREE TONER

skincare terbaik

Produk yang sering mendapat review baik daripada pengguna. Penyegar wajah yang tidak mengandungi alcohol ini sesuai untuk semua jenis kulit.

14. EUCERIN DERMOPURIFYER TONER

skincare terbaik

Lactic Acid yang terkandung di dalamnya dapat membersihkan pori tersumbat tanpa mengeringkan kulit wajah.

Ia juga sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

15. NARUKO RAW JOB’S TEAR SUPERCRITICAL CO2 WHITNEING SERUM

skincare terbaik

Produk keluaran Naruko ini dapat membantu mencerah, melembap dan melegakan kulit wajah.

Kandungan antioksidannya dapat meningkatkan kadar metabolisma kulit yang mengekalkan kecantikan kulit wajah.

Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif, berminyak dan kesan sunburn.

16. EUCERIN WHITE THERAPY CONCENTRATED SERUM

skincare terbaik

Serum yang merawat kulit agar kembali sekata ini dapat menghilangkan bintik hitam, pigmentasi dan parut jerawat.

Ia juga dapat merawat kulit anda yang rosak akibat  sinaran UV serta sesuai untuk semua jenis kulit.

17. LaF MED.SECRET CREAM

skincare terbaik

Didatangkan dalam tiga jenis; Aquoporin digunakan untuk melembap dan mengecilkan pori.

The First pula untuk melembapkan dan mencerahkan wajah, manakala Ceramide pula sesuai untuk kulit kering, sensitif dan melindungi kulit anda.

18. HADA LABO GOKU-JYUN CREAM

skincare terbaik

Hada Labo mempunyai beberapa rangkaian produk terbaik. Krim ini memang berkesan untuk melembapkan muka dan sekitar leher.

Selain menghaluskan kulit, produk ini tidak mengandungi pewangi, minyak mineral mahupun alcohol serta pewarna.

Ia boleh menyeimbangkan pH kulit dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering.

19. BIORE UV PERFECT MILK

skincare terbaik

Sunblock yang tidak berminyak ini sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Dengan SPF 50 ++, anda tidak perlu risau apabila terdedah dengan cahaya matahari.

20. ATOPALM REAL BARRIER TONE UP SUN BLOCK

skincare terbaik

Produk dari Korea ini sesuai dengan cuaca panas negara kita.

Seperti produk Biore UV, produk ini juga mengandungi SPF 50 ++ dan sesuai untuk mereka yang kulit kering dan sensitif.

Selain melindungi kulit dari cahaya matahari, produk ini juga dapat melembut dan membuatkan tona wajah sekata.

21. THURSDAY PLANTATION TEA TREE OIL

skincare terbaik

Tea tree oil adalah antara produk paling mujarab untuk menghilangkan jerawat.

Banyak review positif yang diberikan pengguna mengenai produk ini. Ia mengandungi 100% tea treel oil tanpa campuran bahan lain.

22. TIDACT GEL

skincare terbaik

Gel ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit jerawat yang tidak terlalu teruk. Mereka yang mengalami masalah berjerawat batu dan kulit bernanah tidak sesuai menggunakan produk ini.

Pilih ubat jerawat mengikut jenis jerawat masing-masing agar tak memudaratkan kulit.

23. ST IVES GREEN TEA SCRUB & BLEMISH CONTROL APRICOT SCRUB

skincare terbaik

Kedua-dua produk ini amat membantu untuk anda yang menghadapi masalah kulit berjerawat.

Green Tea Scrub membantu menghilangkan bintik hitam dan melegakan kegatan kulit akibat daripada jerawat.

Manakala Apricot Scrub pula membersihkan liang pori dan mencerahkan kulit muka yang kusam.

24. FREEMAN DEEP CLEARING CLAY MASK

skincare terbaik

Produk daripada madu manuka dan tea tree oil ini boleh menghilangkan jerawat dan mengurangkan minyak pada wajah. Clay mask ini dapat membersihkan pori dan memberikan nutrisi pada kulit.

25. NUZ ALEXANDRA INTENSIVE HYDRATING SERUM

skincare terbaik

Serum 3 in 1 yang menggabungkan Aloe Vera, Evening Primrose Oil dan minyak lavender ini kaya dengan hidrasi dan mengurangkan keradangan pada wajah.

Produk ini juga dapat menyihatkan sel kulit wajah dan seterusnya mengekalkan kelembapan kulit.

26. NUZ ALEXANDRA BOTANICAL FACE MIST

skincare terbaik

Mengandungi aqua, witch hazel, glycerine dan pelbagai lagi kandungan terbaik, facemist stail Korea ini dapat melembapkan kulit wajah dan bertindak sebagai ejen anti penuaan.

27. ADORE AGAVE SKINCARE – AUDELA

skincare terbaik

Gosulin Agave sejenis tumbuhan unik berasal dari Julisco, Mexico. Agave tumbuh di tanah kering yang tidak subur. Ia tidak memerlukan pengairan, baja ataupun racun seranga untuk tumbuh.

Namun, tumbuhan yang menyerupai Aloe Vera ini selamat digunakan untuk rejim penjagaan wajah. Ia sesuai bagi melicinkan kulit wajah dan anti kedutan.

28. PERFECTLICIOUS SKINCARE

skincare terbaik

Produk penjagaan wajah yang terbaik di pasaran. Menggunakan hampir 80% bahan organik, produk ini sudah dikenali dipasaran sejak 2016 dan mempunyai pengikut yang tersendiri.

Anda boleh mendapatkan kembali kulit cantik semulajadi dan bercahaya.

29. ACNE CLEANSING GEL – THE BEAUTY HACKS

skincare terbaik

Sesuai untuk semua jenis kulit. Ber pH rendah, dapat mencerahkan kulit, melembapkan dan memberi nutrisi sehingga ke lapisan dalam kulit.

Membersihkan kulit dari mekap, debu dan minyak serta menhilangkan sel kulit mati.

Ia juga membantu liang pori yang tersumbat, mencegah dan mengecut jerawat dan menjadikan kulit lebih bersih dan juga sihat.

30. FACE MASK HONEY – THE BEAUTY HACKS

skincare terbaik

Mengandungi bahan antioxidants seperti Cantella Asiatica, Polyganum Cuspidatum dan banyak lagi yang mengandungi pelembap ringan, cepat menyerap, tidak melekit dan tidak berat pada wajah.


Pelembap terbaik khususnya untuk kulit berminyak. Sangat baik untuk menenangkan, meredakan kulit alergi dan sensitif.

Ia juga membantu dalam mengatasi iritasi kulit dan kemerahan.

Sebenarnya, terdapat banyak produk skincare terbaik di pasaran. Asalkan anda tahu jenis kulit wajah anda, tidak susah untuk anda membuat pilihan produk yang betul.

Tapi pastikan anda mengikut rutin penjagaan wajah dengan step by step yang betul supaya anda boleh mendapatkan hasil kulit wajah yang lebih memukau.

JenamaLokal ialah gedung beli-belah online pertama di Malaysia.

Syarikat ini menumpukan kepada produk keluaran anak tempatan dengan memperkenalkan platform ecommerce untuk memudahkan pelanggan membeli secara online.

Matlamat utama JenamaLokal ialah menyediakan sebuah platform untuk pengusaha produk lokal memasarkan serta mempromosikan produk mereka.

Selain itu turut menjadi satu jambatan yang menghubungkan penjual dan pelanggan.

Dengan corak pembelian masyarakat masa kini yang suka membeli belah secara atas talian, kemunculan JenamaLokal dikira tepat pada waktunya.

Leave a comment

Like this article?

Share on facebook
Share on Facebook
Share on twitter
Share on Twitter
Share on linkedin
Share on Linkedin
Share on pinterest
Share on Pinterest

More To Explore

19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)
Health & Beauty

19 Cara Hilangkan Jerawat (Pantas, Selamat dan Mudah)

“Arghhh, macam mana jerawat boleh timbul pula ni.” Biasa alami situasi tadi setiap kali anda melihat cermin pada waktu pagi? Memang menjadi igauan buat wanita sampai tak konfiden nak keluar berjumpa orang.  Jangan risau. Terdapat banyak kaedah rawatan dan cara

Read More »
produk kosmetik yang selamat digunakan
Health & Beauty

21 Produk Kosmetik Yang Selamat Digunakan

Sedang mencari produk kosmetik yang selamat digunakan? Nak cari produk muka yang tiada bahan kimia memerlukan kajian yang terperinci. Anda memerlukan panduan dan review yang menyakinkan. Sekiranya anda sedang shopping produk kosmetik yang selamat digunakan, anda berada di tempat yang

Read More »
JenamaLokal.com

JenamaLokal.com

JenamaLokal emphasizes and prioritizes local brand owners to be highlighted and displayed whilst boosting its scope of marketing and advertising hence gaining both audience and followers.

View All Article